Thursday 11 June 2015

Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.



Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, 
setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk,
 masukkan ke dalam peti sejuk.

 Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. 

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. In Shaa Allah. 

Semuanya Berlaku dengan Izin Allah.  

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)


Thursday 4 June 2015

Petua Kecantikan Warisan Malayu


Setiap wanita menginginkan kulit yang cantik dan sempurna. Kulit sihat membantu dalam memberikan aura dan mood cantik dalam diri seseorang. Rejim dan gaya hidup menjadi faktor kepada tahap kesihatan kulit kita.

Antara faktor yang kuat mendorong kepada kelemahan kualiti kulit dan tekstur kulit adalah stress, kurang tidur, rendah nutrisi, pencemaran, kesan buruk sinaran cahaya matahari, rokok dan pengambilan alkohol.

Boleh kita lihat di luar sana, terlalu banyak produk penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit yang menjanjikan kulit cantik sempurna dan berseri. Namun tidak kesemuanya mampu merealisasikan impian jelita seseorang.

Daripada anda membelanjakan lebih banyak wang kepada produk berunsurkan bahan kimia, adalah digalakkan untuk anda mencuba remedi mudah di rumah untuk meningkatkan kesihatan menyeluruh kulit dan penampilan. EH! kongsi petua cantik tradisional yang boleh anda cuba di rumah.

Lemon

Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.

Madu

Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.

Kunyit

Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.

Serbuk penaik

Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.

Timun

Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.